Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

UMW Lubetech sasar untung RM300 juta 

today27 November 2023

Background


KLANG – UMW Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, UMW Lubetech Sdn. Bhd. (UME Lubetech) menyasarkan keuntungan lebih daripada RM300 juta pada tahun depan. 

Pengarah Kumpulan Bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd. Osman berkata, nilai unjuran itu mampu dicapai menerusi  inisiatif yang lebih agresif dalam usaha menembusi dan menguasai pasaran ASEAN terutamanya di Vietnam, Indonesia, Thailand dan Filipina yang mempunyai pasaran luas. 

Menurut beliau, ini dibantu dengan kapasiti pengeluaran kilang baharu di Pulau Indah yang dipertingkatkan sehingga 60 juta liter setahun berbanding 35 juta liter sebelum ini melalui kilangnya di Shah Alam. 

“Sebab itu, kita buat lebih banyak promosi dalam menarik pasaran baharu setanding dengan Petronas dan Shell. Tambahan UMW Grantt ini adalah produk tempatan. 

“Sebelum ini, kita telah tembusi pasaran di Singapura dan Myanmar. Jadi, kita mahu memperkembangkan lagi perniagaan termasuk dalam kenderaan elektrik (EV)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHD YUNUS YAKKUB


Previous post