Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Uncle’ Berusia 66 Tahun Lari 2,200KM Demi Kanak-Kanak Penghidap Kanser

today26 May 2026

Background
'Uncle' Berusia 66 Tahun Lari 2,200KM Demi Kanak-Kanak Penghidap Kanser


Tahukah anda semua, Lim Shyang Guey atau SG, seorang pesara berusia 66 tahun, sedang melaksanakan misi murni dengan melakukan larian sejauh 2,200 kilometer (KM) mengelilingi Semenanjung Malaysia?

Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu kanak-kanak yang menghidap kanser di bawah naungan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

Setakat 22 Mei, beliau telah berjaya melengkapkan larian sejauh 1,408 KM. Pada hari ini, larian beliau diteruskan di sepanjang Jalan Kota Tinggi–Sungai Rengit, Johor.

Sejak memulakan cabaran ini di Pulau Pinang pada Mac lalu, beliau secara konsisten mencatatkan jarak larian antara 25 KM hingga 35 KM setiap hari, tanpa menghiraukan keadaan cuaca.

Projek yang dinamakan Run For Gold (RFG) ini merupakan larian jarak jauh yang disokong untuk mengumpul dana bagi perkhidmatan sokongan kanser kanak-kanak NCSM, khususnya bagi membiayai operasi Home of Hope.

Misi ini membawa makna yang sangat mendalam bagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Axello


Previous post