Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Uncle Cina Pulangkan Wang Hampir RM1,000 Yang Tercicir Depan Kedainya Pada Pemilik Asal

today14 May 2025

Background


Tambah Heng, selepas wang tersebut tidak dituntut, beliau meminta anaknya menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pemilik wang itu.

“Rupanya pemilik duit tu pengusaha warung di stesen bas. Saya memang kenal dia, selalu juga datang ke kedai dia. Jadi saya terus hubungi dia dan serahkan semula duit tu,” katanya.

Heng menjelaskan sekiranya pemilik wang gagal dikesan, beliau tetap berniat untuk menyerahkan wang berkenaan ke balai polis.

Dalam pada itu, pemilik wang bernama Wan Shahrul Sulaiman berkata, beliau tidak menyedari wang hasil perniagaannya tercicir semasa berjalan ke arah keretanya.

“Bila sampai di kereta, saya perasan duit dalam poket dah hilang. Cari sekitar kedai tak jumpa, dalam kereta pun tak ada.

“Waktu tu saya sudah pasrah, ingat memang duit ni dah hilang dan tak dapat jumpa balik.

“Dua tiga hari kemudian, uncle datang ke kedai saya, tanya kalau ada hilang duit. Dia tunjuk CCTV, memang betul duit saya jatuh depan kedai dia,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post