PETALING JAYA – Di sebalik pakaian seragam lama FedEx yang biasanya berakhir di tapak pelupusan sampah, tersingkap kisah perubahan hidup wanita tempatan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) FedEx Malaysia dengan kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ), sebuah perusahaan sosial memfokuskan wanita di Lembah Klang.
Menerusi kolaborasi tersebut yang bermula tahun lalu, sebanyak 545 uniform FedEx Malaysia, terdiri daripada 362 baju dan 183 seluar dikitar tinggi oleh KTJ kepada 2,000 beg kitar semula boleh lipat serta 1,500 beg kecil serbaguna.
Kesemua hasil kraftangan ini kemudiannya diagihkan kepada pelanggan dan kakitangan FedEx Malaysia sendiri, tanda penghargaan dan kenangan pada sambutan Hari Raya yang lalu.
Setiap produk bukan sahaja cantik dan bersifat komersial, malah mempunyai identiti sendiri kerana disertakan pelekat dengan paparan wajah serta nama tukang jahit yang membuatnya – satu bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap hasil kraftangan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
