Site icon Kool FM

UniKL, UPTM Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia Dalam Tempoh 3 Tahun

UniKL, UPTM Bakal Disenaraikan Di Bursa Malaysia Dalam Tempoh 3 Tahun


Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), bakal disenaraikan di Bursa Malaysia selewat-lewatnya dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menurut beliau, langkah penyenaraian itu bagi memperkukuh kedudukan kewangan institusi berkenaan serta meningkatkan keupayaan operasi dan daya saingnya, petik Buletin TV3.

Pada masa sama, beberapa entiti kesihatan di bawah pembiayaan MARA termasuklah UniKlinik, klinik pergigian dan farmasi akan turut disenaraikan sebagai satu entiti korporat.

Jelas beliau, pendekatan itu dilihat mampu menjana sumber kewangan baharu, sekali gus memastikan kelestarian perkhidmatan pendidikan dan kesihatan yang ditawarkan kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutup Permukiman Syarikat Milikan Agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2026.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version