Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Unit amanah dikecualikan CGT, FSI

today17 January 2024

Background


KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan pengenaan cukai keuntungan modal (CGT) serta cukai pendapatan sumber asing (FSI) ke atas unit amanah saham.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ini bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat sepenuhnya daripada keuntungan wang titik peluh mereka dan me­labur untuk masa depan.

Jelasnya, pengecualian FSI berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, manakala pengecualian ke atas CGT berkuat kuasa dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2028.

“Melalui pelbagai penglibatan kami dalam perkara ini, kami mendapat perhatian bahawa satu bahagian tidak diingini yang turut terjejas oleh CGT ialah unit amanah saham, memandangkan lebih daripada 90 peratus pemegang unit amanah adalah individu.

“Saya ingin memberi jaminan bahawa kerajaan ini menghargai maklum balas dan penglibatan. Sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk mengecualikan pengenaan CGT serta FSI ke atas unit…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post