Selepas 8 tahun akhirnya @bugatti telah hantar unit terakhir Bugatti Chiron kepada pemiliknya di Kanada.
Dibina melalui program ‘Sur Mesure’, pemilik hypercar 1,500hp terakhir itu pilih kombinasi dua warna; ‘Nocturne’ dan ‘Copper’ (exterior), ‘Beluga Black’ dan ‘Copper Brown Leather’. Manakala di beberapa bahagian ditulis ‘The Final 1,500hp Chiron’.

Artikel Berkaitan:
Hypercar yang ditempah melalui @bugattitoronto pada tahun 2021 lalu berharga lebih USD3 juta (RM13.94 juta), selepas harga asas ditambah dengan ‘options spec’.
Swipe kiri untuk lihat ‘Personal Configurator Sheet’, serta perbezaan antara model hasil ‘car configurator’ dengan kereta sebenar.
Gambar: @bugattinewsroom / Pemilik Bugatti Chiron terakhir
