Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Uniten pasang sistem solar panel atas bumbung berkapasiti 549 kWp

today10 July 2023

Background


PETALING JAYA – Universiti Tenaga Nasional (Uniten)  kini memiliki sistem solar panel atas bumbung berkapasiti 549 kWp di dua buah bangunan utama universiti tersebut.

Sistem solar tersebut telah di pasang di Bangunan Pengurusan dengan kapasiti 249 kWp dan Bangunan Kolej Kejuruteraan dengan kapasiti 300 kWp yang telah siap dipasang sepenuhnya pada 10 Mei 2023.

Pemasangan sistem solar panel ini adalah di bawah inisiatif Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE) yang telah ditandatangani di antara Uniten, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan GSPARX Sdn Bhd (GSPARX) baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor Uniten, Prof. Datuk Dr. Mohd Zamri Yusoff berkata, melalui skim SARE dan sistem solar panel ini, Uniten  dapat menikmati kos pendahuluan sifar dalam pemasangan panel Solar PV, penjimatan kos elektrik yang dianggarkan berjumlah RM3.5 juta untuk tempoh 25 tahun.

Ia turut mendapat manfaat daripada kos kerja penyelenggaraan sifar termasuk pemantauan dan pembaikan dalam tempoh kontrak.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Hiburan Semasa

Gadis 17 tahun pemain dram Search

Kuala Lumpur: Kemunculan gadis berusia 17 tahun mengisi posisi dram kumpulan rock legenda, Search di Konsert Nusafest 2023 di Bandar Malaysia, di sini, malam kelmarin menarik perhatian ramai. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 July 2023