PETALING JAYA – AMMB Holdings Berhad (Kumpulan AmBank) merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATMI) sebanyak 9.3 peratus lebih tinggi kepada RM1.868 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2024 (TK24).
Jumlah pendapatan Kumpulan untuk TK24 sebanyak RM4.646 bilion secara amnya sejajar dengan TK23, walaupun terdapat kesan mampatan pada margin faedah bersih (NIM) (TK24: 1.79 peratus, TK23: 2.07 peratus).
Pendapatan faedah bersih Kumpulan merosot 6.7 peratus kepada RM3.304 bilion, manakala pendapatan bukan faedah (NoII) menghasilkan pertumbuhan kukuh sebanyak 14.7 peratus kepada RM1.342 bilion, membantu mengimbangi kesan pemampatan NIM.
Pertumbuhan NoII disumbangkan terutamanya oleh pendapatan yuran yang lebih tinggi daripada perbankan pelaburan, dana dan pengurusan kekayaan, serta pendapatan pelaburan lebih baik dan keuntungan perdagangan daripada pendapatan pasaran dan perbendaharaan kumpulan (GTM) dan tukaran asing (FX) daripada perbankan perniagaan dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
