Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung bersih 9 bulan CIMB RM5.94 bilion

today28 November 2025

Background


PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad mencatatkan prestasi kewangan yang berdaya tahan untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025 dengan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM8.12 bilion dan purata pulangan tahunan atas ekuiti (ROE) sebanyak 11.3 peratus.

Prestasi tersebut didorong oleh pelaksanaan strategi Forward30 yang berdisiplin, walaupun terdapat halangan makroekonomi dan penurunan kadar yang berterusan. Pendapatan sesaham (EPS) ialah 55.3 sen.

Bagi suku tahun ketiga, CIMB menyaksikan pertumbuhan kukuh merentasi metrik utama, dengan PBT meningkat sebanyak 7.3 peratus kepada RM2.84 bilion.

Keuntungan bersih pula meningkat 10 peratus kepada RM2.08 bilion, meningkatkan keuntungan bersih sembilan bulan Kumpulan kepada RM5.94 bilion.

Memandangkan kedudukan modal CIMB yang semakin kukuh, Kumpulan telah mengumumkan hasrat untuk memulangkan modal sehingga RM2 bilion kepada para pemegang saham menjelang akhir tahun 2027, yang akan dilaksanakan melalui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post

Hiburan Semasa

Wanie Ooi penat melatah hingga terbaring

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Wanie Ooi memaklumkan mempunyai tabiat melatah sejak zaman persekolahan lagi dan semakin menjadi-jadi apabila bergiat dalam bidang seni. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today28 November 2025