Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung bersih Aneka Jaringan RM0.95 juta suku ketiga 2025

today28 July 2025

Background


PETALING JAYA – Aneka Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) pakar pembinaan bawah tanah dan asas, merekodkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM0.95 juta, naik 72.6 peratus berbanding  suku yang sama tahun lalu (suku ketiga 2024).

Hasil bagi suku tersebut meningkat kepada RM49.40 juta, peningkatan sebanyak 18.1 peratus tahun ke tahun (YoY) berbanding RM41.85 juta pada suku ketiga 2024, terutamanya didorong oleh sumbangan yang lebih kukuh daripada projek berterusan Kumpulan di Malaysia.

Keuntungan kasar meningkat kepada RM5.20 juta, meningkat 19.1 peratus daripada RM4.36 juta, mencerminkan tumpuan berterusan Kumpulan terhadap pemeliharaan margin di tengah-tengah persekitaran operasi yang kompetitif.

Bagi sembilan bulan terkumpul berakhir 31 Mei 2025 Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM195.83 juta, meningkat 26.5 peratus daripada RM154.84 juta, manakala PAT hampir dua kali ganda kepada RM4.40 juta berbanding RM2.48 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Pang Tse…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post