PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM571.1 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK2024), 3.3 peratus lebih tingi berbanding tahun sebelumnya.
Peningkatan keuntungan didorong oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi dan pengurangan peruntukan bersih untuk pembiayaan terjejas.
Sebahagian besar pertumbuhan pendapatan bersih Kumpulan dipacu oleh kenaikan 5.1 peratus dalam pendapatan berasaskan dana bersih kepada RM2.2 bilion, disokong oleh pertumbuhan tahun ke tahun dalam sekuriti pelaburan dan pembiayaan, dengan margin pendapatan bersih (NIM) yang lebih baik kepada 2.13 peratus bagi TK2024.
Selain itu, Kumpulan merekodkan pertumbuhan 11.2 peratus dalam fi dan komisen.
Lembaga Pengarah Bank Islam mengisytiharkan dividen tunai interim satu peringkat kedua sebanyak 4.12 sen sesaham, membawa kepada jumlah dividen tahunan 15.12 sen sesaham.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
