PETALING JAYA – EP Manufacturing Berhad (EPMB) merekodkan lonjakan lebih lapan kali ganda dalam keuntungan bersih pada suku berakhir 31 Mac 2023 (1QFY2023), dipacu oleh peningkatan jualan alat ganti automotif apabila pengeluar kenderaan berterusan berusaha memenuhi tempahan tertunggak yang besar.
Pada 1QFY2023, EPMB melaporkan keuntungan bersih RM3.55 juta, meningkat 819.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y) berbanding RM386,000 dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Ini didorong oleh lonjakan pendapatan 55.1 peratus tahun ke tahun kepada RM152.12 juta, daripada RM98.10 juta pada 1QFY2022.
Ketua Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed berkata, pihaknya berbangga berbangga melaporkan permulaan yang positif pada TK2023.
Menurutnya, walaupun dijangkakan jumlah volum industri Malaysia (TIV) akan menurun daripada asas yang tinggi dalam sejarah pada 2022, Kumpulan optimis terhadap pelancaran model kereta baharu, termasuk kenderaan elektrik (EV), akan terus memacu pasaran khususnya…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
