Site icon Kool FM

Untung bersih PCG merosot kepada RM1.17 bilion


PETALING JAYA – Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) melaporkan untung bersih lebih rendah sebanyak RM1.17 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, berbanding RM1.69 bilion pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan bagaimanapun meningkat, berjumlah RM30.67 bilion bagi tahun kewangan 2024, daripada RM28.67 bilion pada 2023.

PCG dalam kenyataan berkata, peningkatan pendapatan sebanyak tujuh peratus pada tahun 2024 didorong pertumbuhan volum jualan bagi tiga segmen perniagaannya, membuktikan ketahanan operasi.

“Walau bagaimanapun, keuntungan mengalami tekanan disebabkan oleh pasaran yang mencabar. Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (EBITDA) menurun dari tahun ke tahun sebanyak tujuh peratus kepada RM3.5 bilion berikutan penyebaran produk yang semakin menurun dan kos operasi yang semakin meningkat.

“Kitaran yang menurun bagi sektor kimia telah berlanjutan lebih lama daripada jangkaan disebabkan oleh permintaan global yang tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version