Site icon Kool FM

Untung bersih Sime Darby RM1.1 bilion


PETALING JAYA – Sime Darby Berhad melaporkan untung bersih berjumlah RM1.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022, berbanding RM1.4 bilion pada tahun kewangan 2021 yang mengambil kira keuntungan RM272 juta daripada penjualan kepentingan dalam Tesco Malaysia.

Tanpa mengambil kira hasil jualan tersebut, untung bersih Kumpulan menyusut 4.3 peratus disebabkan untung yang lebih rendah bagi perniagaan Perindustrian dan Automotif di China, akibat kemerosotan jualan seluruh industri peralatan berat, kekangan inventori dan sekatan Covid-19.

Hasil pula merosot kepada RM42.5 bilion bagi tahun yang dilaporkan berbanding RM44.3 bilion pada tahun kewangan 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, pihaknya bagaimanapun mengakhiri tahun kewangan 2022 dengan baik setelah merekodkan untung bersih RM278 juta bagi suku tahun keempat, hampir 32 peratus lebih tinggi hasil disokong peningkatan keuntungan bahagian Perindustrian dan perbelanjaan cukai lebih…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version