Site icon Kool FM

Untung bersih Wasiyyah naik 92 peratus


PETALING JAYA –  Wasiyyah Shoppe Berhad (Wasiyyah) mengumumkan untung bersih berjumlah RM3.05 juta bagi tahun kewangan 2023/24 yang berakhir 30 Jun lalu, 92 peratus lebih tinggi berbanding RM1.58 juta yang direkodkan tahun sebelumnya.

Pendapatan turut melonjak sebanyak 32 peratus kepada RM30.5 juta berbanding RM22.97 juta dicatatkan pada tahun kewangan 2022/23. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ariffn Sabirin, syarikat telah mencatat prestasi kewangan yang sangat memberangsangkan walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran ekonomi semasa. 

“Di samping komitmen terbaik yang dipaparkan semua warga Wasiyyah Shoppe, strategi kami melabur dalam usaha digitalisasi sepanjang tahun kewangan 2022/23, terutamanya pengenalan aplikasi mudah alih akad hibah tanpa kertas pertama di dunia, Usra Hibah Digital Document banyak menyumbang kepada peningkatan keuntungan syarikat.

“Urusan akad hibah pelanggan dapat dibuat dengan pantas dan tepat, tanpa sebarang kekangan yang menyebabkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version