KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) merekodkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM103.43 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022, yang merupakan angka tertinggi sejak penubuhannya pada tahun 1950.
Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding rekod tahun sebelumnya yang berjumlah RM86.14 juta.
“Peningkatan keuntungan dipacu oleh pembiayaan peribadi, Ar Rahnu dan pembiayaan perumahan, di samping pembiayaan koperasi serta korporat.
“Selain itu, CBP juga mencatat peningkatan tertinggi dalam asetnya iaitu sebanyak 28 peratus kepada RM7.73 bilion pada 31 Disember lalu, daripada RM6.07 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Pembentangan Prestasi Tahun 2022 CBP di sini semalam.
Menurut Baharom, pengumuman dividen bakal dibuat dalam masa terdekat, selepas mendapat kelulusan dan persetujuan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
“Kami telah mencadangkan pembayaran dividen…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
