Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung JCorp naik lebih 100 peratus

today3 August 2022

Background


PETALING JAYA – Kumpulan Johor Corporation (JCorp) menca­tat prestasi cemerlang bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 (TK2021) dengan lonjakan keuntungan selepas cukai lebih 100 peratus kepada RM379 juta berbanding kerugian selepas cukai sebanyak RM237 juta yang direkodkan tahun kewangan ­berakhir 2020 (TK2020).

Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim berkata, prestasi tersebut bersandarkan kepada jumlah pendapatan sebanyak RM5.13 bilion iaitu peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding RM4.3 bilion pada TK2020.

Menurut beliau, pencapaian memberangsangkan daripada segmen Agribisnes telah me­n­yumbang kepada jumlah pendapatan yang lebih tinggi bagi tahun kewangan ekoran peningkatan harga minyak sawit mentah dan isirung sawit.

“Di samping itu, segmen ke­sejahteraan dan kesihatan juga turut merekodkan peningkatan pendapatan yang lebih kukuh daripada aktiviti bisnes hospital terutamanya dengan pertambahan jumlah pesakit serta pelaksanaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post