
PROTON New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET), telah menjalin kerjasama strategik bersama tiga pengendali pengecasan (CPO) utama — DC Handal, JomCharge, dan chargEV — untuk memperkenalkan stesen pengecasan berjenama e.MAS di seluruh negara.
Inisiatif yang dijadualkan bermula pada suku ketiga tahun 2026 ini akan menumpukan pada lokasi awam yang strategik dan tumpuan ramai.
Melalui kolaborasi ini, pemilik e.MAS yang membuat pembayaran menerusi aplikasi Proton e.MAS bakal menikmati kadar pengecasan berdiskaun di stesen-stesen yang terlibat.
Sebagai jenama EV No. 1 di Malaysia, Proton e.MAS kini menyediakan akses kepada lebih 4,700 titik pengecasan (merangkumi lebih 90% kawasan di Malaysia) menerusi aplikasinya, disokong oleh Peta Pengecasan Langsung Terintegrasi (Integrated Live Charging Map) pada kenderaan.
Selain meningkatkan kemudahan dan pengalaman pengecasan pengguna, langkah ini turut menyokong agenda Kerajaan untuk memperkasakan ekosistem…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
