Site icon Kool FM

Untung Petronas menyusut 18 peratus kepada RM45.4 bilion


KUALA LUMPUR – Petronas merekodkan pendapatan RM266.1 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, 17 peratus lebih rendah berbanding tahun sebelumnya disebabkan oleh purata harga direalisasikan yang lebih rendah, jumlah jualan berkurangan serta impak pertukaran asing dan penjualan Engen Group.

Keuntungan selepas cukai (PAT) berjumlah RM45.4 bilion, susut 18 peratus selari dengan penyusutan pendapatan dalam persekitaran pasaran global yang semakin mencabar.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) turun 10 peratus kepada RM103.0 bilion, manakala aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) pula berjumlah RM85.2 bilion, 17 peratus lebih rendah.

Daripada sudut pelaburan, Petronas memperuntukkan RM41.6 bilion bagi perbelanjaan modal, terutamanya untuk aktiviti pembangunan dan pengeluaran sektor huluan.

Sementara itu, jumlah aset mengukuh kepada RM775 bilion, manakala ekuiti pemegang saham menurun kepada RM448.3 bilion, mencerminkan dividen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version