PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatat peningkatan dalam keuntungan sebelum cukai bagi tempoh sembilan bulan pertama bagi tahun kewangan 30 September 2022 (9B TH2022) kepada RM1.49 bilion berbanding RM1.02 bilion untuk tempoh yang sama tahun lepas.
Pendapatan Kumpulan melonjak sebanyak 45 peratus tahun ke tahun (Y-o-Y) kepada RM19.46 bilion berbanding RM13.39 bilion yang dicatatkan sebelum ini, manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) meningkat 40 peratus kepada RM985 juta daripada RM703 juta.
Keuntungan Operasi Kumpulan FGV juga meningkat 53 peratus kepada RM1.78 untuk tempoh 9B TK2022 berbanding RM1.16 bilion yang dilaporkan dalam tempoh kewangan yang sama sebelumnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Nazrul Mansor berkata, Kumpulan berbangga kerana kekal berada pada landasan yang baik untuk mengakhiri tahun kewangan ini.
“Prestasi operasi kami yang lebih baik untuk suku ketiga disokong oleh margin produk sawit yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: