Site icon Kool FM

Untung sebelum cukai FGV RM1.10 bilion


PETALING JAYA – FGV Holdings Berhad (FGV) mencatat  keuntungan sebelum cukai (PBT) RM1.10 bilion meningkat dua kali ganda bagi separuh pertama berakhir 30 Jun 2022 (TK2022) berbanding  RM516 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keuntungan Operasi Kumpulan mencatat RM1.34 bilion berbanding RM524 juta manakala, hasil meningkat sebanyak 64 peratus kepada RM13.3 bilion berbanding RM8.08 bilion pada separuh pertama tahun lepas.

Keuntungan Selepas Cukai dan  Kepentingan Minoriti (PATAMI) FGV juga melonjak lebih 100 peratus kepada RM743 juta daripada RM303 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohd. Nazrul Izam Mansor berkata, keputusan yang menggalakkan itu dipacu oleh peningkatan dalam margin produk sawit disebabkan oleh harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang tinggi. 

Purata harga MSM yang direalisasikan pada separuh pertama TK2022 adalah lebih tinggi sebanyak 58 peratus mencecah RM5,165 setiap tan metrik (MT), berbanding RM3,268 setiap MT pada separuh pertama TK2021.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: