
PETALING JAYA – Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (Kopetro) terus
mengekalkan prestasi kewangan yang kukuh dan mampan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dengan merekodkan perolehan kumpulan sebanyak RM441 juta.
Prestasi ini disokong oleh pengurusan operasi yang lebih cekap dan pelaksanaan strategi perniagaan yang berdisiplin.
Kumpulan juga telah meningkatkan keuntungan sebelum cukai melebihi 100 peratus kepada RM10 juta, meskipun berdepan persekitaran perniagaan yang mencabar.
Di peringkat Kumpulan juga,pendapatan direkodkan sebanyak RM198 juta, dipengaruhi oleh perubahan sumbangan beberapa aktiviti perniagaan utama sepanjang tahun kewangan tersebut.
Ia disokong oleh pelaksanaan berterusan Pelan Strategik Kopetro 2021–2025 (SP25) yang memberi tumpuan kepada pengukuhan portfolio perniagaan,
kepelbagaian sumber pendapatan, pengoptimuman operasi serta pengurusan kos secara berhemah.
Seiring dengan prestasi kewangan tersebut, koperasi berkenaan mengumumkan agihan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
