Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung sebelum cukai Petronas Dagangan RM409 juta

today23 May 2025

Background


PETALING JAYA – Petronas Dagangan Berhad hari ini mengumumkan permulaan kukuh bagi 2025, mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM409.2 juta untuk suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2025.

Ia merupakan peningkatan sebanyak 25 peratus daripada suku sama tahun 2024, dan 13 peratus lebih tinggi berbanding suku sebelumnya (suku tahun keempat 2024), didorong terutamanya oleh perbelanjaan lebih rendah dan tahap keuntungan kasar yang stabil, diimbangi penurunan kecil jualan.

Jualan lebih lemah sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan jualan Diesel dan Minyak Automotif dalam segmen Runcit, mencerminkan perbelanjaan isi rumah domestik yang lebih berhati-hati semasa musim perayaan.

Sebaliknya, segmen Komersial mencatatkan pengambilan lebih kukuh, hasil permintaan lebih tinggi untuk bahan api penerbangan. Segmen Kemudahan pula kekal stabil, memfokuskan pada meningkatkan pengalaman pelanggan sambil mengoptimumkan perbelanjaan mengurus.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MUHAMMAD IKHWAN IDERIS


Previous post