Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Untung suku pertama UMW naik 26.8 peratus

today24 May 2022

Background


PETALING JAYA – Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI)  UMW Holdings Berhad (UMW)  meningkat sebanyak 26.8  peratus kepada RM101.2 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022  berbanding RM79.8 juta yang dicatatkan pada suku yang sama berakhir 31 Mac 2021.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ahmad Fuaad Kenali berkata, peningkatan tersebut didorong oleh peningkatan hasil perniagaan sebanyak 23.6 peratus kepada RM3.65 bilion.

Menurut beliau, prestasi yang menggalakkan itu disokong oleh sumbangan yang baik daripada segmen automotif dan jentera dengan permintaan bertambah baik berikutan pemulihan ekonomi di bawah Pelan Pemulihan Nasional.

“Kami berasa yakin dengan keputusan bagi suku pertama 2022  walaupun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.

“Peralihan kepada fasa endemik Covid-19 dijangka  mempergiatkan kembali aktiviti ekonomi di peringkat tempatan dan global, dengan sekatan yang semakin dilonggarkan, serta pembukaan semula…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post