PETALING JAYA – Keuntungan selepas cukai Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi suku pertama tahun kewangan 2022 merosot 10.5 peratus kepada RM0.9 bilion.
Pendapatan Kumpulan bagaimanapun meningkat 36.4 peratus kepada RM15.7 bilion, didorong peningkatan empat peratus dalam permintaan elektrik di Semenanjung.
Menurut TNB dalam satu kenyataan hari ini, jualan elektrik lebih tinggi sejajar dengan fasa peralihan ke endemik dan pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak lima peratus bagi suku pertama tahun 2022.
“Ini didorong penggunaan elektrik lebih tinggi yang direkodkan oleh pelanggan komersial dan domestik setelah aktiviti perniagaan dibenarkan beroperasi semula.
“Sementara itu, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) dilaporkan pada RM5.1 bilion, manakala margin EBITDA ialah 32.8 peratus disumbangkan oleh perbelanjaan operasi yang meningkat sebanyak 64.1 peratus berikutan kenaikan harga bahan api.
“Kos penjanaan tenaga, termasuk kos bahan api, membentuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: