PETALING JAYA – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui anak syarikatnya, UPM Holdings Sdn. Bhd. (UPMH) merancang untuk memberi tumpuan terhadap bidang alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam usaha menjana pendapatan menuju ke hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azrul Reza Aziz berkata, ia termasuk dalam usaha penanaman semula hutan, pengkreditan karbon dan juga pembekalan anak pokok hutan, yang mana UPM memiliki kepakaran yang disifatkannya sebagai yang terbaik di negara ini.
“Inisiatif ini dapat menambah pendapatan sehingga RM10 juta sehingga RM20 juta dengan menggunakan kepakaran yang dimiliki UPM dalam bidang perhutanan.
“Bukan itu sahaja, kami turut berusaha untuk meneroka perniagaan klinik veterinar yang menggunakan kepakaran hospital veterinar di UPM bagi meningkatkan pendapatan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk tahun lalu, UPMH memberikan dividen RM235,000 kepada UPM, menjadikan jumlah dividen terkumpul yang dibayar oleh UPMH…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: