
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) bakal memperkenalkan modul pembelajaran baharu berkaitan teknologi roket dan misil menjelang 2027.
Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad berkata modul yang akan dijadikan subjek wajib bagi pelajar bidang kejuruteraan itu bertujuan melahirkan lebih ramai pakar tempatan dalam teknologi berkenaan, petik BERNAMA.
“Kita mahu melahirkan pakar dalam kalangan generasi baharu supaya apabila industri ini berkembang, ia diterajui sepenuhnya oleh anak muda tempatan sekali gus menjaga kedaulatan aset pertahanan negara tanpa perlu bergantung atau didominasi oleh pihak luar,” katanya ketika ditemui dalam siri lawatan kerja di sini, baru-baru ini.
Arman Rumaizi berkata inisiatif berkenaan digerakkan menerusi kolaborasi strategik bersama universiti terkemuka di Australia yang mempunyai kepakaran tinggi dalam bidang roket dan misil, seperti University of Southern Queensland (UniSQ) dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: