
CYBERJAYA – US Pizza, jenama pizza milik penuh rakyat Malaysia yang diasaskan di Pulau Pinang pada tahun 1997, mencipta sejarah apabila secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pengiktirafan ‘Most HALAL-Certified Local Pizza Outlets in Malaysia’.
Pengiktirafan tersebut mengukuhkan kedudukan US Pizza sebagai antara jenama makanan tempatan yang berjaya berkembang secara konsisten sambil mengekalkan komitmen terhadap pensijilan halal di seluruh rangkaian outletnya.
Majlis penyampaian pengiktirafan yang berlangsung di DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya itu dihadiri oleh wakil media, pencipta kandungan (KOL), rakan perniagaan, pembekal, vendor dan pelanggan setia US Pizza.
Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran personaliti radio, usahawan dan bekas Menteri, Khairy Jamaluddin, yang tampil sebagai tetamu khas acara.

Mengenakan pakaian chef, beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif US Pizza, Deric Yeo,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: