CYBERJAYA – Alphaswift Industries (Alphaswift) optimistik terhadap kerjasama strategik yang dijalankan dengan Aerodyne Group (Aerodyne) bakal memberi peluang kepada syarikat untuk menjadi pengeluar dron berkualiti tinggi dengan kecekapan terbaik selain dapat memenuhi keperluan pelanggan daripada pelbagai bidang industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Alphaswift, Dr. Shian Lee berkata, perbincangan sebelum ini telah berjaya dimuktamadkan dan langkah seterusnya adalah untuk menghasilkan dron yang sebelum ini memiliki teknologi hibrid bakal dipertingkatkan lagi dengan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pesawat dron yang dihasilkan itu bersesuaian untuk memenuhi keperluan Aerodyne yang terlibat dalam sektor pertanian dan ia bakal mengambil alih pekerjaan rumit yang dilakukan para pekerjanya untuk kerja-kerja menyembur racun serangga, baja dan kawalan jangkitan penyakit.

“Kami akan membekalkan dron yang kukuh, cekap dan berkualiti tinggi serta memfokuskan kepada automasi AI, manakala…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
