Site icon Kool FM

Usaha sama EPMB, Blueshark hasilkan skuter mampu milik


PETALING JAYA – Pembekal skuter elektrik pintar, Blueshark bersama EP Manufacturing Berhad (EPMB) mengumumkan usaha sama pelbagai hala.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (ASEAN) EP Blueshark Sdn. Bhd., Jeff Chong, berbekalkan ekosistem produk dan model perniagaan unik, syarikat akan dapat menjadikan produk tersebut lebih mudah diakses oleh semua, terutamanya golongan B40.

“Kami akan memberi perhatian khusus untuk memperkasakan golongan yang kurang mendapat perhatian ini dengan tawaran subsidi, peluang pekerjaan dan program keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022 di sini semalam.

Chong menjelaskan, keha­diran Blueshark di Malaysia bakal mendukung mobiliti lestari buat penduduk tempatan de­ngan menggandingkan teknologi berimpak tinggi serta pendekatan holistik terhadap mobiliti urban hijau.

“Matlamatnya adalah untuk menggerakkan perniagaan dari segi logistik…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version