SHAH ALAM – Gogopasar, platform e-dagang mengunjurkan pertumbuhan sehingga tiga kali ganda pada tahun hadapan ekoran kejayaan syarikat menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan, koperasi dan syarikat swasta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lynn Alias berkata, syarikat pemula niaga di bawah Kumpulan FGV Holdings Berhad (FGV) itu turut mendapat kepercayaan daripada pelbagai pihak yang mahu menganjurkan kempen tanggungjawab sosial (CSR) seperti Jabatan Agama Islam negeri-negeri untuk menyumbang barang keperluan termasuk makanan dan minuman kepada golongan yang memerlukan.
“Antara projek CSR yang kami kendalikan adalah Jejak Asnaf,” katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani kerjasama antara Gogopasar dengan Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (Kopenas) bersempena mesyuarat agung perwakilan koperasi tersebut di sini baru-baru ini.
Lynn menjelaskan, sempena pemeteraian kerjasama menerusi Platform Elektronik Transformasi Sekolah (STEP), syarikat akan dapat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: