Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Usaha sama KWSP, Grab tingkatkan kesedaran menyimpan untuk persaraan

today8 September 2021

Background


PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Grab Malaysia (Grab) telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menggalakkan komuniti rakan pemandu dan penghantar menabung untuk simpanan persaraan.

Caruman di bawah program i-Saraan terbuka kepada ahli yang berumur di bawah 55 tahun atau caruman sukarela bagi yang berumur 55 dan ke atas.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MoU itu bertujuan untuk mempromosikan li­terasi kewangan dalam kalangan rakan pemandu dan penghantar Grab mengenai pentingnya kumpulan itu membuat persediaan persaraan, terutamanya dalam landskap ekonomi yang mencabar kini.

“Kami berharap komuniti rakan pemandu dan penghantar Grab akan mendaftar sebagai ahli KWSP dan membuat simpanan untuk tabung persaraan mereka, sama ada melalui program i-Saraan atau caruman sukarela.

“Ini bukan sahaja dapat mem­bantu mereka membuat persediaan persaraan, malah mereka juga akan dapat mendapat manfaat sebagai ahli…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post