Site icon Kool FM

Usaha sama MAGGI WCB, KEMAS perkasa wanita ceburi bidang perniagaan


PETALING JAYA – Program MAGGI Wanita Cukup Berani (Program MAGGI WCB)  menyasarkan untuk memperkasa sehingga 10,000 wanita dalam bidang kulinari menjelang akhir tahun ini.

Kejayaan ini menunjukkan program yang kini telah berkembang mampu meningkatkan kemahiran memasak seterusnya memperkenalkan mereka kepada  kemahiran asas perniagaan, termasuk pemasaran digital dan pengurusan kewangan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan Link Cheh berkata, bersandarkan objektif tersebut, pihaknya telah bekerjasama dengan  Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Usaha ini adalah untuk membawakan Program MAGGI WCB terus ke peringkat akar umbi komuniti, membolehkan para wanita membina keyakinan, memanfaatkan peluang ekonomi dan mengambil langkah bermakna untuk mencapai kebebasan kewangan melalui makanan.

Menurut beliau, sebagai sebahagian daripada Program MAGGI WCB, wanita di seluruh negara, kumpulan sasaran dijemput untuk mengemukakan idea perniagaan masing-masing…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version