Site icon Kool FM

Usaha sama Northport, Shin Yang sokong misi bantuan MRA


PETALING JAYA – Northport (Malaysia) Bhd (Northport), ahli Kumpulan MMC dan Shin Yang Shipping Corporation Berhad (Shin Yang), ahli Kumpulan Shin Yang bersama-sama menyokong misi bantuan Malaysian Relief Agency (MRA) untuk membantu petugas kesihatan barisan hadapan serta komuniti yang terjejas akibat Covid-19 di Sabah dan Sarawak.

Lebih daripada 10 tan bekalan bernilai RM1.24 juta termasuk peralatan perubatan dan pek makanan telah berjaya dikumpulkan oleh MRA untuk misi tersebut.

Antara bekalan barangan yang disumbangkan oleh penderma-MRA adalah katil unit rawatan rapi dan tilam, sistem ECG, ventilator, infusion pump, pam picagari, laryngoscope, pelitup muka, peralatan pelindung peribadi serta 500 pek barangan makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd. Yusof berkata, barangan bantuan tersebut telah dimuatkan ke dalam tiga buah kontena untuk dihantar ke Kuching dan Sibu, Sarawak serta Kota Kinabalu dan Tawau, Sabah dengan menggunakan perkhidmatan perkapalan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version