Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Usaha sama PLUS, UEM Lestra laksana projek solar berskala besar di Melaka

today31 July 2025

Background


PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan UEM Lestra Berhad (UEM Lestra) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meneroka secara bersama pelaksanaan projek solar berskala besar (LSS) yang akan bermula dengan pembangunan ladang solar di tanah milik PLUS di Ayer Keroh, Melaka.

UEM Lestra adalah anak syarikat UEM Group Berhad (UEM Group) dan ia dikenali kerana memiliki  portfolio tenaga boleh baharu yang terbukti serta keupayaan teknikalnya  menerajui perancangan dan penilaian kebolehlaksanaan projek LSS.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, kerjasama ini mencerminkan komitmen syarikat dalam memainkan peranan proaktif terhadap pembangunan lestari dengan memanfaatkan infrastruktur dan aset tanah strategik syarikat untuk menjana tenaga boleh diperbaharui serta menyokong sasaran sifar bersih negara.

“Inisiatif ini juga menyokong pelan jangka panjang PLUS ke arah lebuh raya yang selamat, lestari dan pintar, sekali gus mengukuhkan lagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post