KUALA LUMPUR – Kerjasama syarikat pemula, Robopreneur Sdn. Bhd. (Robopreneur) dengan syarikat robotik terkemuka Jepun iaitu ugo Inc. (ugo) bakal menjadi penyumbang kepada inisiatif Malaysia untuk menjadi salah satu hab pusat data utama di rantau Asia Tenggara.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Robopreneur, Dr. Hanafiah Yusof berkata, kerjasama pihaknya dengan ugo bertepatan dengan trend semasa yang mana wujudnya permintaan yang semakin meningkat terhadap teknologi robot dalam industri untuk kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran awan, storan data dan juga teknologi yang berkaitan dengan industri itu.
Menurut beliau, melalui usaha itu juga, ia dilihat akan dapat membantu mengurangkan kebergantungan syarikat kepada tenaga kerja yang kini semakin mencabar dan beralih kepada teknologi robotik untuk mengoperasikan pusat data dengan lebih cekap dan menjimatkan masa.
“Pusat data ini merangkumi peningkatan penembusan internet, e-dagang dan penggunaan perkhidmatan digital,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
