SERDANG – Kumpulan Taaveekun akan terus memperluaskan kerjasamanya dengan KPF Agro Properties Sdn. Bhd (KPF Agro) dalam penghasilan dan pembekalan perapi tanah untuk merawat tanaman sawit di ladang-ladang Felda di seluruh negara mulai awal tahun depan.
Presiden Kumpulan Taaveekun, Md. Fadzilah Ariffin berkata, usaha sama itu bakal melonjakkan lagi dan menggandakan hasil tanaman sekali gus menyasarkan pulangan yang lumayan untuk warga ahli Koperasi Permodalan Felda yang terdiri daripada kalangan peneroka melalui dividen yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Beliau yang juga Pengasas Taaveekun menjelaskan,kerjasama menerusi anak syarikatnya, Taaveekun Total Green Sdn. Bhd. (TTGSB) akan turut melibatkan jalinan formulasi bersama FGV Fertilizer Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat FGV Holdings Berhad (FGV).
“Sebelum ini, pihak TTGSB telah membekalkan lebih 70 ribu metrik tan perapi tanah (Taaveekun soil admenment) kepada KPF Agro untuk diedarkan kepada ladang-ladang sawit terpilih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: