SEBERANG PERAI – Kerajaan negeri komited menyediakan peluang buat usahawan bumiputera yang menyertai Pesta Pulau Pinang untuk mengembangkan perniagaan, sekali gus memasarkan produk ke peringkat antarabangsa.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid berkata, ia susulan program pesta yang dijadikan acara tahunan itu bukan sahaja menarik kehadiran penduduk tempatan, malah kehadiran pelancong luar negara yang turut semakin bertambah.
“Keterlibatan usahawan dalam pesta sepanjang hampir sebulan itu mendapat sambutan amat menggalakkan.
“Ini membuktikan bahawa inovasi oleh usahawan Melayu bumiputera mampu diketengahkan bukan saja dalam pasaran tempatan, tetapi juga berupaya untuk diperluaskan ke pasaran antarabangsa dan difahamkan ada yang sudah sampai ke tahap itu.
“Baki pesta hanya tinggal tiga hari lagi saya harap ramai pengunjung dapat mengambil peluang terutama dalam musim cuti sekolah untuk datang memberikan sokongan dan beli kerana ada banyak produk yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
