Kool FM

Usia 61 Tahun Bukan Penghalang Tamatkan Cabaran Ironman

Setiap tahun pastinya kita akan melihat ramai atlet yang akan menyertai Ironman Malaysia dan Ironman 70.3 Langkawi. Tahun ini ia berlangsung pada 12 Oktober lalu yang melibatkan seramai 1,800 atlet dari lebih 50 negara. Peserta Ironman Malaysia perlu berenang sejauh 3.8km, berbasikal 180km dan berlari sejauh 42.2km.

Menarik perhatian ramai pada edisi Ironman Malaysia kali ini apabila seorang individu yang berusia 61 tahun, berjaya meraih gelaran sebagai Ironman. Siapakah beliau?

@hakiemtajudin Part 105 | If there’s one thing that I learnt from you is to never give up on achieving your dreams. Age is indeed just a number @tajudin 💪🏻💯 #ironman2024 #mydad #ironman #ironmanlangkawi #fitnessmotivation #oldbutgold #triathlon ♬ Evergreen – Richy Mitch & The Coal Miners

Inilah Encik Tajudin yang menamatkan kesemua cabaran Ironman 2024 dengan catatan masa 15 jam, 54 minit dan 23 saat. Menerusi Pagi On Point Bersama Haiza dan Muaz, Encik Tajudin berkongsikan pengalamannya menyertai Ironman tahun ini yang merupakan kali kelimanya.

“Sebenarnya saya target habis 16 jam lebih. Tapi alhamdulillah saya dapat buat bawah 16 jam.”

Katanya, cut off time untuk ke garisan penamat Ironman adalah 17 jam bagi semua kategori dan beliau berpuas hati dengan pencapaiannya selepas empat kali gagal sebelum ini. Beliau yang pertama kali menyertai Ironman tahun 2009 pada usia 45 tahun namun gagal pada kilometer ke 10 berlari disebabkan mengalami kekejangan otot. Pada tahun 2018, kali kedua Encik Tajudin sertai Ironman dan berjaya sampai ke garisan penamat tetapi terlebih 2 minit. 

Beliau tetap menyertai Ironman pada tahun 2019 dan 2023, namun masih tidak berjaya. Susulan itu, Encik Tajudin mengkaji semula punca yang menyebabkannya tidak berjaya menamatkan cabaran Ironman sebelum ini, dan ianya adalah kerana pemakanan. 

Kali ini, beliau membuat persediaan dengan berlatih selama 6 bulan dan memulakan latihan pada hari raya ke-4. Selama training sepanjang 6 bulan itu, beliau akan pastikan dalam seminggu untuk berlatih selama 15 jam.  Katanya, “lebih banyak masa training, lebih baik prestasi.” Akhirnya, pada tahun 2024 beliau berjaya meraih gelaran IM Tajudin!

 

Encik Tajudin mula menceburi bidang sukan pada usia 21 tahun dengan menyertai acara marathon. Beliau pernah menyertai KL Marathon pada tahun 1984, sub-4 jam marathon dan berjaya menamatkan larian tiga jam setengah. Encik Tajudin menyertai marathon sehingga umurnya 30 tahun namun selepas itu berhenti berlari dan fokus kepada latihan bina badan. Setelah menceburi sukan bina badan, Encik Tajudin kembali semula kepada sukan berlari dan melakukan fitness.

Tahun 2007, sahabat Encik Tajudin mengajaknya untuk sertai triathlon. Ketika itulah beliau mula belajar berenang dan belajar berenang sepenuhnya di open water atau laut pada tahun 2008. Setahun selepas itu, Encik Tajudin mula menyertai Ironman Malaysia. Beliau membuat research sendiri dan berlatih tanpa bantuan jurulatih. Katanya, tips bagi acara renang, setiap individu yang berhasrat sertai Ironman perlu rajin berenang untuk membina keyakinan bagi aktiviti air. Sebelum tibanya hari pertandingan, boleh sertai simulation group.

 

Tiktok : Hakiem Tajudin

Video Encik Tajudin menyertai Ironman pada usia 61 tahun meraih tontonan di TikTok lebih 3.7 juta selepas dimuat naik oleh anaknya, Hakiem. Beliau turut mengalakkan anaknya untuk bersukan namun sukan yang disertai Hakiem lebih kepada fitness dan bukan endurance seperti Encik Tajudin.

Haiza sempat bertanyakan kepadanya adakah suatu hari nanti, Hakiem juga akan turut sertai Ironman seperti ayahnya dan beliau menjawab “ya, ia tak mustahil.”

 

 

Puan Asmara, isteri kepada Encik Tajudin turut hadir menemaninya ke studio Kool 101 di Sri Pentas dan merupakan support system paling kuat buatnya untuk menamatkan acara Ironman. Katanya, beliau sentiasa mendoakan kejayaan buat suaminya.

 

“Tidak kira dia Ironman atau tidak, dia tetap suami saya.”

 

Muaz menanyakan pada anak Encik Tajudin dan Puan Asmara iaitu Hakiem, bagaimana menjalani kehidupan sebagai seorang anak yang mempunyai ayah seorang atlet. Hakiem berkata, “dari kecil lagi semasa sekolah rendah kalau ayah saya datang sekolah, saya memang akan beritahu semua orang ini ayah saya dan rasa sangat bangga. Ketika itu, badan ayah saya besar kerana bina badan.” Beliau sentiasa menjaga kesihatan ekoran sering dinasihatkan ayahnya.

“Saya memang dari kecil sudah dididik oleh ayah untuk menjaga kesihatan. Ayah saya kata kesihatan tidak boleh dibeli. Kita kaya macam mana pun, kalau kesihatan tak dijaga, semua benda akan jadi masalah.”

Mengulas mengenai video ayahnya yang tular di media sosial, Hakiem berkata beliau sendiri tidak menyangka video tersebut mampu meraih tontonan tinggi dan banyak menerima DM serta mesej yang positif dari orang ramai. 

“Saya buat video ayah saya sebab saya dah janji dengan isteri saya, nak tunjuk dekat satu Malaysia bahkan satu dunia walaupun sudah berusia masih lagi aktif. Tidak perlu nak menjadi pro, yang penting kesihatan on point. Umur ayah saya jadi highlight dimana banyak orang muda terinspirasi tengok video tersebut.”

Tiktok : Hakiem Tajudin

Hakiem turut menambah, beliau sendiri juga tidak yakin mampu menjadi Ironman seperti ayahnya selepas melihat training yang dilakukan, namun berazam untuk menyertainya suatu hari nanti demi menjadikan ia sebagai legasi.

Dengarkan perbualan penuh Ironman Malaysia Encik Tajudin di KoolCast sekarang.

Exit mobile version