PETALING JAYA – Syarikat amanah patuh syariah, Wasiyyah Shoppe Berhad (WSB) telah melancarkan sistem dokumen hibah digital yang dikenali sebagai UsraHDD, iaitu aplikasi pelaksanaan akad dan penyimpanan dokumen hibah tanpa kertas yang pertama di dunia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ariffin Sabirin berkata, aplikasi tersebut dibangunkan oleh Himayah Technology Sdn. Bhd., iaitu syarikat kerjasama antara WSB, Phylix Sdn. Bhd. dan jurutera perisian, Omar Mokhtar Kassim yang menelan belanja pembangunan sebanyak RM750,000.
Jelasnya, idea pembangunan UsraHDD bermula apabila ekonomi dunia berubah disebabkan pandemik.
“Dalam tempoh tersebut, kami telah membangunkan kaedah akad hibah menerusi aplikasi Zoom pada April 2020, namun kaedah ini sedikit rumit dan memakan masa berjam-jam.
“Menerusi UsraHDD, pemberi dan penerima hibah boleh melaksanakan akad hibah di mana-mana sahaja daripada telefon pintar mereka asalkan memiliki capaian internet, dengan proses akad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: