Site icon Kool FM

Utamakan keselamatan IoT pada peringkat awal


PETALING JAYA  – Dalam usaha meningkatkan keberkesanan teknologi, banyak syarikat kini sering mengabaikan aspek keselamatan, terutamanya dalam peringkat awal pembangunan seperti ujian beta atau bukti konsep (Proof of Concept).

Bendahari Persatuan Internet of Things (IoT) Malaysia, Pathmanathan Muniandy berkata, kebanyakan syarikat lebih menumpukan kepada fungsi dan keupayaan teknologi IoT untuk mengumpul serta memproses data, namun elemen keselamatan sering diketepikan. 

Menurut beliau, ciri keselamatan IoT harus diutamakan sejak di peringkat pembangunan awal termasuk penggunaan  teknologi penyulitan seperti AES128 atau AES256 untuk melindungi data yang dihantar.

“Penyelesaian seperti penggunaan kunci pengganti untuk meningkatkan keselamatan pada tahap penghantaran data juga perlu diambil berat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Mengambil contoh kes kamera keselamatan Ring, Pathmanathan menunjukkan betapa bahayanya mengabaikan keselamatan dalam IoT. 

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: