Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Hujan lebat yang turun membasahi Lembah Klang sejak Jumaat lalu telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan dan ada kawasan yang terputus hubungan kerana jalan dinaiki air.
Antara kawasan yang teruk terkesan dalam banjir kilat ini adalah Taman Sri Muda, Shah Alam di mana kenderaan biasa tidak dapat menyusuri jalan di sini. Justeru itu, sukarelawan yang mempunyai kenderaan pacuan empat roda ramai yang tampil menghulurkan bantuan di kawasan-kawasan ini.
Namun, perkongsian Nedim Nazri Aziz di Twitter menarik perhatian ramai apabila salah seorang sukarelawan yang datang membantu menggunakan jentera mewah Brabus G700 6Γ6 untuk menghantar bantuan kepada mangsa banjir.
Bless my brother DS Sunny, simpan rumah bagi kilat buat apa, nah dia ni bawa masuk kawasan banjir,langgar longkang & transfer stranded victim lagi .
ππΌπ pic.twitter.com/KBYBtCRzqQ
β NNA π²πΎ (@NedimNazriAziz)
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: