Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Uthmaniah melabur RM3 bilion di Cyberjaya

today17 November 2021

Background


SHAH ALAM – Uthmaniah Pro­perties Development Sdn. Bhd. (Uthmaniah) melabur kira-kira RM3 bilion untuk membangunkan Bandar Perubatan Uthmaniah di Selangor Cyber Valley, Cyberjaya.

Projek yang melibatkan kawasan seluas 10.8 hektar itu akan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dan bakal menempatkan Pusat Kanser Antarabangsa Uthmaniah (UICC).

Pengerusinya, Datuk Ahmad Tarmizi Mohamad berkata, pusat kanser itu dijangka dibina seawal bulan Februari tahun depan.

“Selain UICC, turut dibina di bandar ini adalah pusat penyelidikan perubatan, rumah kelab, dua blok kondominium dan pusat beli-belah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Uthmaniah dan Sempurna Gemilang Sdn. Bhd. (Sempurna Gemilang) bagi pembinaan UICC di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Sempurna Gemilang, [email protected] Asari.

Ahmad Tarmizi menjelaskan, UICC akan menggunakan teknologi merawat kanser…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS


Previous post

Ekonomi

Figura mahu lahirkan jutawan tahun depan

PETALING JAYA – Figura (M) Sdn. Bhd. (Figura), pengeluar produk penjagaan kesihatan, mengunjurkan produk terbaharunya, Figura S dan Figura bakal mendapat sambutan menggalakkan daripada pasaran tempatan dan khususnya daripada kumpulan sasarannya. Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Mohd. Hafiz Mohd. Khalid berkata, buat masa ini, dua produk berkenaan mencatat jualan sehingga RM1.1 juta selepas empat bulan syarikat mula beroperasi. Bersandarkan kepada perkembangan baik tersebut, syarikat menyasarkan hasil jualannya akan bertambah sekali ganda dalam […]

today17 November 2021