Landskap hiburan tempatan melangkah ke fasa baharu dengan kemunculan sebuah platform penstriman digital eksklusif (OTT) dikenali sebagai UTV, yang diperkenalkan dengan slogan ‘Stream For You.
Cungkil bakat baru

Platform ini dibangunkan oleh Usanita Sdn Bhd, bukan sahaja sebagai medium hiburan, malah sebagai pintu masuk untuk bakat kreatif tempatan menonjol di pentas lebih luas.
Presiden UTV merangkap CEO Usanita Group, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan (Datuk Nana), menjelaskan bahawa ilham melahirkan UTV datang daripada pengalaman panjang Usanita bersama industri seni tempatan serta kerjasama dengan rangkaian antarabangsa.
Beliau menegaskan setiap karya seni wajar dilihat lebih daripada sekadar tontonan.
Industri seni adalah nadi masyarakat. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi warisan yang mengangkat budaya, identiti dan kisah hidup kita. Dari inspirasi itu, kami lahirkan UTV sebagai platform yang bukan hanya menyiarkan karya, tetapi juga memberi ruang kepada idea baharu untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: