Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Uyaina Arshad Mimpi Hamil Kembar Tiga, 2 Lelaki 1 Perempuan

today17 October 2025

Background
Uyaina Arshad Mimpi Hamil Kembar Tiga – ‘Dua Lelaki, Seorang Perempuan’


Hantaran di platform Threads milik pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad menuai perhatian warganet apabila dia berkongsi mimpi yang dialami iaitu mengandung anak kembar tiga.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Kini Bergelar Penerbit – ‘Selalu Depan Kamera, Sekarang Di Belakang Pula’

Hamil kembar tiga

Menerusi perkongsian tersebut, Uyaina atau nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, berkata, dalam mimpi itu dia hamil dua lelaki dan seorang perempuan.

Morning! Korang mimpi apa malam semalam? Saya mimpi mengandung triplets! Kembar tiga!

Dua lelaki dan seorang perempuan. Petanda apakah ini Ya Allah.

Perkongsian spontan itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata teruja dan ada menganggap sebagai petanda rezeki baik buat Uyaina.

Untuk info, Uyaini kini sedang hamil cahaya mata ketiga hasil perkahwinan dengan penyanyi, Raja Shahiran.

Pasangan itu juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan, 3, dan Raja Urayyan, 1.

Sumber: Threads

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post