PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui syarikat milik penuhnya, Vantage RE Ltd. (Vantage RE) telah menandatangani perjanjian pembelian saham (SPA) untuk memperoleh 49 peratus pegangan dalam syarikat ladang angin luar pesisir, Blyth Offshore Demonstrator Limited (BODL) daripada EDF Renewables (EDFR).
EDFR adalah subsidiari syarikat utiliti Perancis, Électricité de France (EDF).
Vantage RE pula dilancarkan pada 1 Julai lalu untuk memiliki, mengendalikan dan mengurus portfolio aset RE TNB di Eropah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din berkata, pemilikan tersebut menandakan penyertaan sulung TNB dalam pasaran ladang angin luar pesisir berikutan pemilikan aset angin BODL di perairan Blyth, Northumberland, England.
“Pemerolehan ini adalah satu daripada perancangan pemerolehan strategik TNB untuk memesatkan usaha mencapai visi Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG),” katanya dalam kenyataan.
Aset tersebut merangkumi lima turbin angin…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: