
PETALING JAYA – Vantris Energy Berhad beroleh dua kontrak kerja pengangkutan dan pemasangan (T&I) luar pesisir bernilai kira-kira RM1.8 bilion daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (Petronas Carigali) dan PTTEP HK Offshore Limited serta PTTEP Sarawak Oil Limited (PTTEP).
Kerja berkenaan diperoleh menerusi anak syarikat tidak langsung milik penuh Vantris Energy, VTEB Offshore Sdn. Bhd., yang dahulunya dikenali sebagai Sapura Offshore Sdn. Bhd.
Kontrak pertama dianugerahkan Petronas Carigali di bawah kontrak sedia ada bagi penyediaan perkhidmatan T&I kemudahan luar pesisir, dengan kerja-kerja dijadual bermula pada suku ketiga 2026 dan dijangka siap pada suku keempat 2027.
Sementara itu, kontrak kedua dianugerahkan PTTEP di bawah kontrak sedia ada bagi penyediaan kerja T&I luar pesisir untuk projek pembangunan PTTEP, yang juga dijadual bermula pada suku ketiga 2026 dan dijangka selesai pada suku keempat 2027.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Vantris Energy, Muhammad Zamri Jusoh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: