Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

VANZO perkenal pengalaman wangian pintar untuk kenderaan

today18 December 2024

Background


SHAH ALAM – Jenama wangian terkemuka, VANZO memperkenalkan produk terbaharunya, iaitu Peresap Pintar untuk Kereta VANZO (VANZO Smart Car Diffuser) yang menggabungkan teknologi pintar dengan wangian sihat yang memberikan penggunanya pengalaman memandu lebih segar dan elegan.

Peresap Pintar untuk Kereta VANZO dilengkapi dengan teknologi sensor getaran canggih, yang secara automatik akan menghidupkan diffuser apabila kereta dihidupkan, dan memasuki mod rehat selepas lima minit apabila kenderaan diparkir.

Direka untuk beroperasi secara senyap dengan semburan 360 darjah, peresap pintar berkenaan menjadikan setiap sudut kereta terasa segar.

Dalam era di mana kesihatan semakin dititikberatkan, VANZO komited dengan prinsip ‘Kesihatan Adalah Keutamaan’ dengan setiap semburan produk baharu itu bebas daripada alkohol industri, formaldehid (gas beracun, tidak berwarna, berbau sengit, digunakan sebagai pengawet dalam sintesis kimia) dan toluena (sebatian organik yang mudah terbakar, tidak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post