Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Vape Diharamkan Di Malaysia Pada 2026

today17 December 2025

Background
Vape Diharamkan Di Malaysia Pada 2026


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan pengharaman penuh penggunaan vape sedang menunggu masa yang sesuai, petik Harian Metro.

“Kita sebenarnya sudah sedia dan saya pernah kata istilah sekarang ini bukanlah ‘jika’ kita haramkan vape, tetapi ‘bila’ kita akan haramkan vape.

Baca Juga:

“Ini bermakna, kita sudah menetapkan keputusan untuk pengharaman vape ini, jadi kalau kita ke arah pengharaman itu, isunya adalah bila.

“Saya ulang kembali mungkin 2026 sama ada di pertengahan atau paling lewatnya di hujung 2026,” katanya ketika sidang media selepas mengadakan lawatan kerja rasmi di Hospital Permai baru-baru ini.

Jelas beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mensasarkan penguatkuasaan larangan itu dilaksanakan selewat-lewatnya menjelang pertengahan 2026 atau sebelum akhir tahun berkenaan.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post